CYBERSECURITY- Cyber Hygiene – Bulan Kesedaran Phishing & Scam

26 Februari 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 25 Februari 2026, telah berlangsungnya NADI X CYBERSECURITY_Siri Cyberhygiene - Bulan Kesedaran Phishing & Scam. Program ini berlangsung di NADI Pokok Jawi, bermula pada pukul 02:00 petang sehingga pukul 03:00 petang.

Sepanjang Webinar ini berlangsung, peserta belajar tutorial semak & kenal pasti link serta nombor scammer. Selain itu, peserta belajar cara mengenal pasti modus operandi scam terkini. Seterusnya, peserta belajar mengapa isu scam terjadi dan menurut kajian, setinggi 7 daripada 10 orang rakyat Malaysia pernah masuk perangkap scam. Akhir sekali, peserta belajar cara untuk semak Scammer Guna True Caller iaitu Download dan Buka Aplikasi Truecaller.

Dengan adanya program seperti ini, ianya dapat meningkatkan pengetahuan peserta tentang Bulan Kesedaran Phishing & Scam. Selain itu, dapat mengeratkan hubungan di antara staf NADI dan peserta.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali